Friday, September 25, 2009

Jangan Gelak tau!!!

Writer by 3ymma at 4:48 PM 0
Kereta Penuh - Lawak Ganu

Satu keluarga yang berasal dari Terengganu nak balik beraya di kampung, tapi cuma ada sebuah Kancil je untuk tujuh orang ahli keluarga tersebut.

Maka si ibu kepada keluaga tersebut pun berkata,

Ibu : Guane nih..penuh kete. Dok muak ayoh mu wey!

Ayah : Betul gok tu. Guane nok buak nih? Lamo dok sapa kampong.

Ibu : Tujuh oghang dokleh sumbak masuk kete kancil nih. kecik do'oh lalu.

Mereka pun memerah otak memikirkan macam mana nak menyelesaikan masalah tersebut. Ruang terlalu sempit untuk tujuh orang, tiba-tiba anak mereka yang paling kecil berkata...

Anak : Abah, umi... Awang tau doh guane nok buak. Kite leni ade tujuh oghang. Tamboh la soghang lagi. baru jadik 'LAPANG'...!!!

ibu & Ayah : !@#$%*@$%*

Lawak Nasi Bungkus

Writer by 3ymma at 12:46 PM 0
Suatu hari, seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia 5 tahun
menaiki bas ekspres Kuala Lumpur-Kangar. Ibu itu berpesan pada pemandu
bas
"Encik.. tolong tengokkan anak saya ya... Nanti kalau sampai di Ipoh
...
cakap pada anak saya."

Sepanjang perjalanan, si anak ini cerewet sekali. Setiap seminit dia
akan
bertanya pada penumpang disebelahnya.. "Sudah sampai Ipoh belom?"

Hari mulai malam dan anak itu masih terus bertanya-tanya. Penumpang di

sebelahnya menjawab.."Tidor aje la.. Belom sampai lagi ni.. nanti
kalau
sampai saya akan kejutkan!"

Tapi si anak tidak mahu diam.. dia pergi ke depan dan bertanya pada
pemandu untuk kesekian kalinya,

"Pakcik.. sudah sampai Ipoh ke belum?"

Pemandu yang sudah keletihan menjawap soalan itu berkata.. "Belom!Tidur
aja la! Nanti kalau dah sampai kat Ipoh...pasti dikejutkan.. !"

Kali ini, si anak tidak bertanya lagi, dia tertidur nyenyak sekali. Kerana
suara si anak tidak kedengaran lagi.. semua orang di dalam bas lupa pada
si anak, sehingga ketika sampai di Ipoh .. tidak ada seorang pun yang
membangunkannya. Hinggalah melepasi Alor Setar.. si anak masih tertidur dan tidak bangun-bangun.

Tersedarlah si pemandu yang dia lupa membangunkan si anak. Lalu ia bertanya pada para penumpang..
"Encik-encik dan puan-puan sekalian.. bagaimana ni....perlukan kita
hantar
semula anak ini?"

Para penumpang pun merasa bersalah kerana turut melupakan si anak dan
setuju menghantar si anak kembali ke Ipoh...Maka berpatah kembalilah
rombongan bas itu menuju ke Ipoh ..

Sesampai di Ipoh... si anak dibangunkan.

"Nak! Sudah sampai di Ipoh!Cepat bangun!" Kata Pemandu..

Si anak bangun dan berkata..

"Oh sudah sampai ya!"

Lalu si anak pun membuka beg pakaiannya dan mengeluarkan nasi bungkusnya, nasi lemak.. Seluruh penumpang kehairanan.. . "Bukankah kamu hendak
turun di Ipoh?" tanya pemandu kebingungan.

"Tidak lah.. mama saya pesan.. kalau sudah sampai di Ipoh .. saya
boleh
makan nasi lemak ni! nanti sampai Kangar, takut saya kelaparan"

p/s: Apakah perasaan anda jika anda ialah pemandu?hehehehe

Thursday, September 24, 2009

Layan MiRC pula..

Writer by 3ymma at 9:29 AM 0
hari nie aku tak de keja nak buat so aku layan la MiRC yang sudah lama aku tak mengunjunginya, lagipun boring la Chat kat YM(yahoo Messanger) je..

kalo sekali skala pindah tempat nak main chat tu memang best..so if sesiapa yang memang terer guna MiRC tu jom la chat kat situ...dan ajar la aku sekali ye..hehehheehhe *berharap sangat nie

aku masuk DaLnet nick name aku ^KFCgirl^.. cari la nick name aku ye..

okey la nak layan MiRC dulu ..daa..jumpa sinun yoh.

Thursday, September 17, 2009

Who visit my blog plz take this Hari raya card

Writer by 3ymma at 3:54 PM 0
huhu...sesiapa yang rasa² tengah visit my blog tu, my follower ke atau sesape² ke, ambil la kad raya nie, ikhlas dari aku tau.. jangan malu² @ segan², ambik je...

kalo nak copy kad raya nie susah sikit la cuba tekan leftklik?
so untuk memudahkan korang ambil kad raya nie tekan picture hari raya kad tu and save in your desktop atau ambik link nie
" https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgcZ8PjWuu0SzVWiDy9bzrinMROFCCgxEDNVLkBtWOneSfOoZjeUPV3lA0w62wYk2ovDfA9-bowSibGU4bKKAv-dd3EvGNXTRDxGdLqhigD9OYoLsWaLYaA-O92c7fmBfKOQfZQ9DF16LM/s1600-h/kad+raya+blog+ku2.JPG "
cara² nak ambik pula.. Highlight this link and tekan Ctrl dan huruf C serentak kat keyboard tu..lepas tu letak la URL die kat Upload Picture and save done....Gampang deh!! sesiapa yang dah tahu tu..buat² tak tahu la ye....kekekekeekee.. ^@^


Wednesday, September 16, 2009

Have some good laughs on How men change

Writer by 3ymma at 10:39 AM 0
The Love Word:
After 6 weeks: I looo-ve you, I love you, I love you!
After 6 months: Of course, I love you.
After 6 years: GOD, if I didn't love you, then why did I marry you?

Back from Work:
After 6 weeks: Honey, I'm home!
After 6 months: I'm BACK!!
After 6 years: Have you cooked yet?

Phone Ringing:
After 6 weeks: Baby, somebody wants you on the phone.
After 6 months: Here, it's for you.
After 6 years: ANSWER THE PHONE DAM*T!! *nie melampau da

Cooking:
After 6 weeks: I never knew food could taste so good!
After 6 months: What are we having for dinner tonight?
After 6 years: DUMPLING AGAIN??

New Dress:
After 6 weeks: Wow, you look like an angel in that dress.
After 6 months: You bought a new dress again?
After 6 years: How much did THAT cost me?

TV:
After 6 weeks: Baby, what would you like us to watch tonight?
After 6 months: I like this movie.
After 6 years: I'm going to watch PIRATES play, if you're not in the mood, go to bed, I can stay up by myself!

Making Love:
After 6 weeks: Baby, I want you tonight?
After 6 months: Lets make another baby, my mother just called!!!
After 6 years: Please MOVE over to your side, I'm suffocating here!!!!

Monday, September 14, 2009

Contest Riang Ria Hari Raya

Writer by 3ymma at 1:08 PM 1
'Create

huhu...nak join jugak tapi tak de gambar raya lor..

tak pe la letak je la contest ini kat sini..huu, sape² nak join, join la..

tak de sape² yang marah pon... huk..huk.. ^_^

Memandangkan teratakindah nak sangat aqu ikut contest yang die wat dan aqu tak de gambar pakai baju raya so aqu wakilkan dengan gambar biasa aqu lar..Hentam saja laaa..

From



Friday, September 11, 2009

Aqu dapat kad Raya

Writer by 3ymma at 5:28 PM 0
hehehee....nak tau dari sape aqu dapat kad raya yang cantik nie,
sape lagi kalo bukan dari Alya..rajin sangat die bagi aqu kad², tapi aqu suke... apa lagi kalo kad tu cantik menarik..hihi

kepada Alya yang sudi bagi kad raya kat aqu, trima kasih bebanyak dan "Selamat hari raya Aidilfitri" yang tak lama lagi akan menjelang tiba...tak lupa juga kepada kawan² Blogger ye...



From:


Wednesday, September 09, 2009

AWARD & TAG from ALYA

Writer by 3ymma at 4:18 PM 1
hehe..cute award aLya, thank you so much!!!

Today is 09-09-09. wish u & all my frend's 9 wishes :
1 - LOVE
2 - SMILE
3 - HEALTHY
4 - WEALTHY
5 - SUCCESSFUL
6 - BEAUTY
7 - LUCKY
8 - DREAMLY
9 - LOVELY



From:

3YMM@ NAK BERCERITA....

Writer by 3ymma at 3:02 PM 1
LUAHAN HATI LELAKI YANG DIBENAKKAN ISTERI BERKHAWIN SORANG LAGI!!! bacalah..

Saya sendiri sebagai lelaki rasa tercabar apabila isteri saya sering mewar-warkan kepada saya bahawa umur saya dah melewati 40 tahun. Life starts at 40. 'Kalau U rasa U nak pasang lagi satu, I izinkan', kata isteriku.

Bila berangan tentang nak kahwin lain ni memanglah seronok. Tersengih- sengih aje lah I at that time. Dunia ni dah terbalik gamaknya, kawan-kawan aku siap pegi Siam sana nak nikoh lagi satu, ni bini aku siap suruh pasang sorang lagi...?!'
Tak tahulah kalau isteri I tu main reverse psikologi dengan I. Tapi lepas I berfikir panjang, rasa-rasanya tak nak lah.

SEBAB APA ?!!!

Bila mengenangkan umur I yang dah 40+. Let's say kalau I kahwin dengan anak dara, katakan umur 22 tahun. Memang lah seronok beb.
Tetapi Tentang makan minum, pakaian I, kemas rumah dan kegemaran I, rasa nya I tentu asyik teringatkan my first wife.
Tak perlu nak ajar, I suka makan apa, cam mana cara nak masaknya, baju I kena gosok cam gini, kalau I bangun tidur I suka kalau my wife dah siapkan segala gala nya lah.
Tak perlu I bagitau, dia dah tahu apa I suka. Cerita apa I suka kat TV, teh atau kopi manis macam mana, hobi apa, sukan kegemaran ... semua dia dah tahu. Tak perlu start balik macam zaman umur 20-an dulu ...
Rasa rasa dapat ke isteri muda I suruh buat gitu, tentu dia banyak ragam. Ye lah dia muda, I kan dah tua.
Mesti dia kata I ni mengada-ngada. Sure I yang kena manjakan dia lebihlah, sebab dia muda. Silap haribulan, takut lari lak, kan ... *tau tak pe...

Isteri muda ni bukan macam yang dah bersama dgn kita sejak muda. Kalau kita rasa isteri tua banyak belanja, isteri yang muda pasti lagi teruk.
Eh, budak 20-an zaman sekarang, dengan henbeg Gucci, dengan nak tudung kain Mawi dan henpon jenama Nokia N95, Itu tak termasuk kereta, paling korok pun mesti nak Honda atau Toyota. *bukan semua tapi kebanyakan lah...

Perempuan muda sekarang mana main naik Proton atau Perodua. Kalau I tak bagi barang-barang tu, dia tak nak bagi 'barang' dia lak malam-malam.
Sedangkan dengan isteri tua, awal-awal kahwin naik motorsikal cabuk pun sanggup, berpanas berhujan, dukung anak kita dicelah motor tu. Ahh ... terkenang juga zaman 'miskin' dulu tu..Rumah dengan bini tua dulu pun setakat apartmet 3 bilik. Tidur atas tilam nipis, dapur pun kecik, perkakas pun tak banyak.
Oh, untuk isteri muda, terpaksa aku buat OT untuk bayar rumah teres dua tingkat tu, nak bayar peti ais Samsung dan TV Sony Bravia 40-inci mu itu ...
Dah umur 40-an ni, darah tinggi lak aku ni kena buat OT setiap hari... hari minggu pun kena cari duit ... nak tengok bola pun tak dapat ...

Lebih haru lagi, tentu anak anak I akan memberontak sakan. Yelah sekarang ni kan banyak kes bapak kahwin lain anak-anak lebih tertekan. Ramai jadi liar, hisap dadah, jadi mat rempit dan bohsia. Sebab tension bapak kawin baru. Takut mereka menjauhkan diri dari I, malah akan membenci pula.

Disebabkan masyarakat kita ni memandang serong pada keluarga yang bapak mereka kahwin lebih dari satu. Kalau I ada anak dengan isteri baru, tentu kecik sangat lagi di masa I dah tua dan memerlukan perhatian dari anak-anak.
Sedangkan rumah isteri muda tengah hiruk pikuk dengan anak anak kecil ( kan dah ada experience dengan isteri pertama -bagaimana kelam kabutnya dia menguruskan anak-anak) Sedangkan di rumah isteri tua, anak anak dah besar, boleh tolong mak dan sedang seronok bergurau senda bersama ibunya membincangkan topik-topik terkini dan juga kehidupan mereka.

Duduk rumah bini muda, I yang tua-tua ni lak kena salin pampers dan bagi baby mandi. haha ... kalau tak buat, takut isteri muda merajuk pulak.
Tak boleh jadik nih. Banyak benda yang kena repeat.. Mula mula kawin tentu seronok. Paling lama setahun-dua.

Bila dah ada anak,tanggungjawab baru bermula semula sebagaimana dengan isteri pertama dulu-dulu. Tapi masa ni kita dah tak larat nak basuh berak anak, nak pegi shopping beli baju anak anak, nak dukung anak-anak. Leceh lah nak kena teman isteri muda buat semua tu. Silap haribulan orang kata tengah pilih baju cucu. Eii tak sanggup pula. Paling takut, orang ingat isteri muda tu anak I ....... lagi haru ...
Balik rumah mertua pula, teringatkan masa akad nikah dulu, beria ria kita nak kan anak dia, lepas tu kita kawin lagi satu. Tentu muka nih tak tahu nak letak kat mana. Orang tua tak kan nak straight to the point. Tanya itu ini. Kalau dia nak bercakap tentang tu cukup dengan jelingan dan kerlingan mata,buat kita dah tak senang duduk. Tak kan raya asyik balik umah mak mertua baru aje. Apatah lagi kalau I ni lak umur nak sama dengan mak-bapak mertua baru I tu ....
Hish banyak lah lagi.

Bagi korang yang suka berbincang pasal benda yang indah indah kawin dua nih silakanlah. Tapi bagi I selagi hayat dikandung badan, selagi tu lah I tak nak tambah. Tak nak lah mendabik dada. Cakap besar.. Tapi sekadar menurutkan nafsu dan benda dalam seluar tu rasanya tak pernah kurang pun layanan isteri pertama terhadap I.. Keluarga ni, kita bina keluarga bahagia yang di depan mata. Bukannya yang di dalam kepala. Bukannya di dalam seluar dalam je.

Hadapi hari esok yang tentu dengan keluarga yang banyak mengharungi susah senang dari mula. Pengorbanan isteri (walaupun kadang kala dia pernah merungut salah Kita juga, cuai dan mengabaikannya). Apa pun semuanya bermula dengan kita. Insaflah.
Kalau nak ikut nabi, rasa rasanya solat subuh pun kita terlepas kalau isteri tu tak kejutkan. Bukan nak kata solat Subuh, kekadang waktu lain pun terlambat atau terlepas. Baca Quran pun sekali-sekala, baca Yassin pun hanya bila ada orang meninggal. Ikut sunnah Nabi apa nama tu. Tak payah lah yang lain lain. Kang ada yang nangis bila disebutkan. Cukuplah.

Sesungguhnya amat bertuahlah suami-suami yang mempunyai isteri yang menyuarakan pendapat di ruangan ni.
Membuktikan mereka sayang, kasih dan cinta pada kalian.
Apa sangatlah kita nih.
Macam nabi konon. ye ke? Bab kawin kawin aje nih cam nabi.
Wallahualam.

- suami orang-

NOTE: memang betul apa yang dikatakan oleh si suami orang nie..
hehehe² "JANGAN MARAH.."



From:


Monday, September 07, 2009

huhu...TERPILIH SEBAGAI TOP 5 RAMADHAN DI TERATAKINDAH

Writer by 3ymma at 9:51 AM 0
kekekek..happy nie (sambil senyum² lebar), nie la award dari Teratakindah...

aqu tak terfikir pula dapat award nie..TQ bebanyaklah kepada Teratakindah kerana memilih aqu sebagai Top 5 Ramadhan,No.2 lagi...hikhik..Ye lah, coz citer pasal posa aku tu tak lah menarik sangat tapi bolelah hihi
.. pengalaman posa katakan.... ape² pun bagi aqu posa memang best sangat..

From:


Friday, September 04, 2009

Pulang!!!

Writer by 3ymma at 5:26 PM 2

herm....hari ini aqu balik keja awal bukan macam selalunya balik lewat je,saja la kan ubah selera nak balik awal...huhu,

tapi nak singgah kat Masjid Jamek jap nak p shopping...kekeeke, dah lame aqu tak p shopping tau, bukan tak de duit tapi nak kumpul duit hihi baru sekaligus shopping habis..baru best nak shopping...

okey la tue je untuk kali ini, hari ini, esok dan lusa...coz aqu cuti lorr, bye nak balik dulu...see u all next week ok..daa..


From:



Thursday, September 03, 2009

sambungan jangan gelak!!!!

Writer by 3ymma at 6:49 PM 1
JANGAN GELAK 5:
MENANTU TERENGGANU: mok...kalu mok gi kedaa...
tolong beli 'KETANG' 4 kilo....nanti kito bayar.

MENTUA KELANTAN: bereeehhh.....

Selepas mentua pulang dari kedai......................

MENANTU TERENGGANU: looo.... bak po mok beli
'UBI KETANG'(ubi kentang)...banyak-banyak ni....
MENTUA KELANTAN: tadi mu kato beli kete(ubi kentang)......
pah tu kete mano pulakkk...
MENANTU TERENGGANU: bukan ubi'KETANG'.... kito suruh
beli'KETANG'.....hok ada sepik nung......(sepit / ketam)...


JANGAN GELAK 6:
ATUK: KENAPA CU X SEPERTI KAWAN-2 SEBAYE CU? TENGOK KAWAN² CU... SEMUA
LULUS TINGGI². CU NI ASYIK INTERNET, TV, MAIN BOLA. BILA NAK BELAJAR?
BESAR NAK JADI APE??? (marah tahap tertinggi sampai nak keluar lava)

CUCU: ATUK NIH ASEK BANDINGKAN KITER DENGAN KAWAN² KITER JERK... KITER X
MARAH PON ATUK X SAMA SEPERTI KAWAN² SEBAYA ATUK YANG LAIN...

ATUK: X SAMA APE NYER?

CUCU: YER LA. ... KAWAN² SEBAYE ATUK SUME DAH JADI ARWAHKAN???

ATUK: A$B3$T0$!!!!!!


JANGAN GELAK 7:
Pulang dari kekalahan dalam sebuah perlawanan persahabatan...
Pemain-pemain bolasepak Kg. Pandan dirundung rasa malu yang amat sangat.
Kerana itu Hashim dan Roslan bercadang untuk menyamar agar tidak dikenali
orang. Hashim yang menyamar sebagai koboi... Berjalan-jalan ke kedai di
kampungnya... Tiba-tiba seorang nenek menegurnya.. "Hey Hashim..." Kerana
terkejut yang beliau masih dikenali orang.... Dia segera mengubah
penyamarannya... Kali ini sebagai Syeikh Arab.... Sekali lagi dia keluar
ke kedai untuk membeli barang... Untuk kali kedua dia bertembung dengan
nenek.... Dalam hatinya berkata.. Dia takkan mengenali aku lagi.."
Tiba-tiba nenek berkata " Hey Hashim" Kerana kehairanan yang amat
sangat... "Maaf , bagaimana nenek dapat mengenali saya?"
Nenek itu menjawab.. "La engkau ni... ini aku la... Roslan!"

From:

JANGAN GELAK!!!

Writer by 3ymma at 9:23 AM 2
JANGAN GELAK 1:
Pintu bilik dibuka dengan kuat dan mengejutkan sepasang
suami isteri yang sedang tidur nyeyak... Seorang lelaki
dengan wajah garang mengacukan senjata tajam ke arah si
isteri.....
Perompak : "Sebelum kamu mati kubunuh, sebutkan namamu!"
Isteri : "Na... nama sa... saya... Aisyah"
Perompak : "Aisyah? nampaknya sama dengan nama ibuku.
Aku tidak boleh membunuhmu," lalu dia mendekati si suami dan sambil
mengacukan senjatanya ia berkata,
Perompak : "Sebutkan namamu. Aku mesti tahu nama setiap orang yangmenjadi korbanku."suami : "Namaku Irwan.. tapi..... semua orang memanggilku Aisyah...."


JANGAN GELAK 2:
Di sebuah Mall yang sesak dengan pengunjung... Ada satu
alat pengukur berat badan yang cukup canggih... Hanya
dengan membayar RM 1.00 kita akan diberitahu berapa berat
badan kita oleh program komputer. Seorang gadis dan
temannya mencuba di tengah kerumunan orang... Setelah
memasukkan wang RM 1.00... Mesin komputer menjawab: "47kg!" Gadis kedua cuba untuk menimbang, dan mesin komputer
menjawab: "52 kg!" Setelah beberapa minit datang seorang
wanita yang cukup gemuk dan montel cuba menimbang dirinya
di mesin itu. Setelah memasukkan wang RM 1.00...Mesin
komputer mengeluarkan jawapan: "Tolong naik
sorang-sorang... Jangan ramai- ramai!"


JANGAN GELAK 3:
JAMAL ke kedai untuk membeli telur yang dipesan ibunya. Ketika berdiri di
tepi jalan, dua buah kereta tiba-tiba berlanggar di hadapannya. Dia
terkejut dan kaku di situ sehingga polis dan ambulans tiba. Setelah mangsa
dikeluarkan, Jamal berlari pulang dan terlupa membeli
telur.. Jamal dengan penuh minat menceritakan kemalangan itu pada ibunya.
"Dahsyat bu, kakinya tercabut dan terpelanting ke seberang jalan.
Tangannya pulak putus, kepala pecah, perut terburai..." Tiba-tiba ibunya
mencelah, "Telurnya mana?" Jamal menjawab, "Err.... Mal tak tau pulak ke
mana tercampaknya!"


JANGAN GELAK 4:
Samdol pergi ke sebuah pekan untuk membeli buah durian... Lalu dia
menghampiri seorang penjual buah durian yang merupakan orang asli
tempatan...
Samdol : "Bang harga durian ini berapa?"
Org Asli : "Yang ini... Sepopit sebiji"
Samdol kebingungan mendengar jawapan dalam bahasa orang asli itu kerana
dia tidak memahami berapa nilainya sepopit itu... Lalu Samdol buat-2 tahu
dan cuba menawarinya..
Samdol : "Bang.... Boleh kurang sikit tak"?
Orang Asli : "Boleh aje, nak kurang berape?
Samdol : "Lahupa... Boleh ya!"
Penjual orang asli itu kebingungan.... Lalu bertanya pada Samdol..

From:

Wednesday, September 02, 2009

Kemalasan

Writer by 3ymma at 11:51 AM 2
huhu...mengantuk la,tiada mood mau buat keja... sebenarnya aqu malas nak wat keja nie..tapi memandangkan banyak keja pending kena juga la buat.. hurm.. slep jap.. huhu......zzzZZZZ

From:


DMCA Copyright Logo
 

◘Misz 3ymma Blog's◘ Copyright © 2010 Designed by Rinda Icon by Free Vector Author ♥ 3ymma♥ :)