Thursday, September 03, 2009

JANGAN GELAK!!!

Writer by 3ymma at 9:23 AM
JANGAN GELAK 1:
Pintu bilik dibuka dengan kuat dan mengejutkan sepasang
suami isteri yang sedang tidur nyeyak... Seorang lelaki
dengan wajah garang mengacukan senjata tajam ke arah si
isteri.....
Perompak : "Sebelum kamu mati kubunuh, sebutkan namamu!"
Isteri : "Na... nama sa... saya... Aisyah"
Perompak : "Aisyah? nampaknya sama dengan nama ibuku.
Aku tidak boleh membunuhmu," lalu dia mendekati si suami dan sambil
mengacukan senjatanya ia berkata,
Perompak : "Sebutkan namamu. Aku mesti tahu nama setiap orang yangmenjadi korbanku."suami : "Namaku Irwan.. tapi..... semua orang memanggilku Aisyah...."


JANGAN GELAK 2:
Di sebuah Mall yang sesak dengan pengunjung... Ada satu
alat pengukur berat badan yang cukup canggih... Hanya
dengan membayar RM 1.00 kita akan diberitahu berapa berat
badan kita oleh program komputer. Seorang gadis dan
temannya mencuba di tengah kerumunan orang... Setelah
memasukkan wang RM 1.00... Mesin komputer menjawab: "47kg!" Gadis kedua cuba untuk menimbang, dan mesin komputer
menjawab: "52 kg!" Setelah beberapa minit datang seorang
wanita yang cukup gemuk dan montel cuba menimbang dirinya
di mesin itu. Setelah memasukkan wang RM 1.00...Mesin
komputer mengeluarkan jawapan: "Tolong naik
sorang-sorang... Jangan ramai- ramai!"


JANGAN GELAK 3:
JAMAL ke kedai untuk membeli telur yang dipesan ibunya. Ketika berdiri di
tepi jalan, dua buah kereta tiba-tiba berlanggar di hadapannya. Dia
terkejut dan kaku di situ sehingga polis dan ambulans tiba. Setelah mangsa
dikeluarkan, Jamal berlari pulang dan terlupa membeli
telur.. Jamal dengan penuh minat menceritakan kemalangan itu pada ibunya.
"Dahsyat bu, kakinya tercabut dan terpelanting ke seberang jalan.
Tangannya pulak putus, kepala pecah, perut terburai..." Tiba-tiba ibunya
mencelah, "Telurnya mana?" Jamal menjawab, "Err.... Mal tak tau pulak ke
mana tercampaknya!"


JANGAN GELAK 4:
Samdol pergi ke sebuah pekan untuk membeli buah durian... Lalu dia
menghampiri seorang penjual buah durian yang merupakan orang asli
tempatan...
Samdol : "Bang harga durian ini berapa?"
Org Asli : "Yang ini... Sepopit sebiji"
Samdol kebingungan mendengar jawapan dalam bahasa orang asli itu kerana
dia tidak memahami berapa nilainya sepopit itu... Lalu Samdol buat-2 tahu
dan cuba menawarinya..
Samdol : "Bang.... Boleh kurang sikit tak"?
Orang Asli : "Boleh aje, nak kurang berape?
Samdol : "Lahupa... Boleh ya!"
Penjual orang asli itu kebingungan.... Lalu bertanya pada Samdol..

From:

2 people say::

zai on September 3, 2009 at 12:00 PM said...

hehehe..terpaksa juga gelak sambil tutup mulut nie..

nas on September 3, 2009 at 1:48 PM said...

lawak tul ..haha

DMCA Copyright Logo
 

◘Misz 3ymma Blog's◘ Copyright © 2010 Designed by Rinda Icon by Free Vector Author ♥ 3ymma♥ :)