Friday, September 25, 2009

Lawak Nasi Bungkus

Writer by 3ymma at 12:46 PM
Suatu hari, seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia 5 tahun
menaiki bas ekspres Kuala Lumpur-Kangar. Ibu itu berpesan pada pemandu
bas
"Encik.. tolong tengokkan anak saya ya... Nanti kalau sampai di Ipoh
...
cakap pada anak saya."

Sepanjang perjalanan, si anak ini cerewet sekali. Setiap seminit dia
akan
bertanya pada penumpang disebelahnya.. "Sudah sampai Ipoh belom?"

Hari mulai malam dan anak itu masih terus bertanya-tanya. Penumpang di

sebelahnya menjawab.."Tidor aje la.. Belom sampai lagi ni.. nanti
kalau
sampai saya akan kejutkan!"

Tapi si anak tidak mahu diam.. dia pergi ke depan dan bertanya pada
pemandu untuk kesekian kalinya,

"Pakcik.. sudah sampai Ipoh ke belum?"

Pemandu yang sudah keletihan menjawap soalan itu berkata.. "Belom!Tidur
aja la! Nanti kalau dah sampai kat Ipoh...pasti dikejutkan.. !"

Kali ini, si anak tidak bertanya lagi, dia tertidur nyenyak sekali. Kerana
suara si anak tidak kedengaran lagi.. semua orang di dalam bas lupa pada
si anak, sehingga ketika sampai di Ipoh .. tidak ada seorang pun yang
membangunkannya. Hinggalah melepasi Alor Setar.. si anak masih tertidur dan tidak bangun-bangun.

Tersedarlah si pemandu yang dia lupa membangunkan si anak. Lalu ia bertanya pada para penumpang..
"Encik-encik dan puan-puan sekalian.. bagaimana ni....perlukan kita
hantar
semula anak ini?"

Para penumpang pun merasa bersalah kerana turut melupakan si anak dan
setuju menghantar si anak kembali ke Ipoh...Maka berpatah kembalilah
rombongan bas itu menuju ke Ipoh ..

Sesampai di Ipoh... si anak dibangunkan.

"Nak! Sudah sampai di Ipoh!Cepat bangun!" Kata Pemandu..

Si anak bangun dan berkata..

"Oh sudah sampai ya!"

Lalu si anak pun membuka beg pakaiannya dan mengeluarkan nasi bungkusnya, nasi lemak.. Seluruh penumpang kehairanan.. . "Bukankah kamu hendak
turun di Ipoh?" tanya pemandu kebingungan.

"Tidak lah.. mama saya pesan.. kalau sudah sampai di Ipoh .. saya
boleh
makan nasi lemak ni! nanti sampai Kangar, takut saya kelaparan"

p/s: Apakah perasaan anda jika anda ialah pemandu?hehehehe

0 people say::

DMCA Copyright Logo
 

◘Misz 3ymma Blog's◘ Copyright © 2010 Designed by Rinda Icon by Free Vector Author ♥ 3ymma♥ :)