Thursday, April 30, 2009

30 PERKARA PEREMPUAN SELINDUNG DARI LELAKI::

Writer by 3ymma at 12:40 PM 0

1.Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3.Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu
putus di tengah jalan).

4.Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan
sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki
lain.

5.Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.

8.Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu
tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin
menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa seperti Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali berkata perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12.Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.<--Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15.Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak
keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.<--Tanya dia sendiri!!

18.Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20.Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari
oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian
barulah dirinya sendiri.

21.Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang
dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25.Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa
sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27.Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya( hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis) .Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29.Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka
dan baik terhadapnya.<---So,kalau nak memikat wanita pandai- pandailah. ..

30.Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu
hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Wednesday, April 29, 2009

ERM...KEHABISAN IDEA!

Writer by 3ymma at 5:17 PM 0
hari ni memang aku kehabisan idea la..huhu, tak tau dah ape nak tulis..hwahwahwa..ape nak tulis ni?<---memang kehabisan idea la tu?cian!

tak pe la yg penting aku ade post, ni pun men hentam je..idea dah kering mering!!!

Monday, April 27, 2009

PERCAYA @ TAK PERCAYA?

Writer by 3ymma at 2:05 PM 0
Semalam aku terima email dari member, pelik juga la email die bagi tu.. percaya pun tak boleh, tak percaya pun tak boleh juga..ehh..geli tau.. so aku nak kongsikn juga la ape yg aku tak percaya and percaya ni..down!



IZHEVSK, Rusia - Adakah anda masih ingat pesanan orang tua yang
memberitahu supaya jangan menelan biji tembikai kerana takut benihnya
akan tumbuh dalam perut?

Pesanan itu mungkin dianggap tidak munasabah tetapi beberapa doktor di
sini terkejut apabila mendapati sebatang pokok fir kecil berdaun hijau
setinggi lima sentimeter berada dalam paru-paru seorang pemuda, Artyom
Sidorkin yang berumur 28 tahun.

Menurut sebuah akhbar semalam, Sidorkin pergi ke Pusat Kanser Udmurtian
di sini, Rusia Tengah pada minggu lalu kerana batuk berdarah dan sakit
dada.

Akhbar Komsomolskaya Pravda melaporkan, doktor-doktor pada awalnya
mendapati terdapat tumor di dalam salah satu paru-parunya berdasarkan
ujian X-ray tetapi setelah dibedah, mereka terkejut menemui pokok kecil
itu.

"Mata saya berkedip-kedip sebanyak tiga kali kerana menganggap saya
melihat benda lain.

"Saya kemudian memanggil pembantu untuk melihatnya semula," kata Dr.
Vladimir Kamashev yang membuat pembedahan itu.

Sidorkin berkata, sebelum ini doktor memberitahunya batuk berdarah itu
bukan disebabkan dia dijangkiti sebarang penyakit.

"Ia sangat sakit seperti mencucuk dalam saluran badan. Terasa sakit yang
amat sangat. Namun saya tidak pernah terfikir ada objek dalam badan
saya,"
kata Sidorkin.

Menurut beberapa doktor, adalah mustahil pokok kecil itu ditelan
memasuki paru-paru manusia.

Mereka percaya Sidorkin mungkin menelan benih pokok itu yang kemudian
membesar di dalam tubuhnya.

Sebahagian paru-paru Sidorkin dan pokok itu diawet untuk kajian lanjut.

eh...mesti korang pun tak percaya kn...coz aku pun tak percaya juga..hahaha tp utk pemberitahuan je la..mybe can happen kn².... :P

HUHUU BORING..,KEJA²..

Writer by 3ymma at 11:12 AM 0
Boring pula bila keja²..mls dah wat keja yg sama je, dah la sekarang aku makan hati kat office pun aku makan hati jugak..waduhai..., ape dah jadi dgn aku ni..pening²,

walaupun smlm BF aku Birthday aku tak sambut pun sedeynye..adakah patut die hanya sambut dgn member die je, aku ni die tak ingat pun...apa sudah jadi..wahhhhhh menangis aku semalaman...kuat nangis pula aku ye?
biasalah tu org pompuan, harap maklum je la org lelaki woi...tp aku nangis bukan selalu, kadang² je...heheee

ape²pun ada juga tempat aku meluahkn perasaan yg terguris nie..aik terguris ke?
hahhaaa...malaslah nak layan hati ni....

3ymma =P

Friday, April 24, 2009

MINTAK TUNJUK AJAR DGN KAK.CEERA

Writer by 3ymma at 11:44 AM 0
Haha.. susah juga la nak mintak tunjuk ajar ni, maksud aku susah nak explen..bila ada masalah Blog aku ni mesti cari org yg boleh membantu, nasib bek ada jugak org² yg sudi membantu...erk Terlebih la pla ayat tu, heheee..apa²pun thanks kat kak.Ceera coz sudi tunjuk ajar...

3YMMA =P

Thursday, April 23, 2009

GO HOME..

Writer by 3ymma at 5:58 PM 0
kekee...aku nak balik da, nt esok lagi la aku nak update Blog, so sembang² la kita esok ye, jangan lupa tau, aku da penat keja ni....weh...konon la...curi tulang ada la

DIFITNAH LAGI...!!!

Writer by 3ymma at 4:26 PM 0
Huuhuhu..semalam aku jumpa dgn kwn, die kata ade nak bincang sikit..so aku pun pergi la jumpa dia, and than die tanya

kawan: ko penah ckp kah apa² ttg sye?
aku: ckp pasal apa pla?
kawan: yg bla..bla...bla...
aku: hu..aik, sapa ckp?
kawan: ada la member sye ckp, tp nama org tu sye tak boleh bagi tau la.. (siap cover member lagi)
aku: ai..selama ni sye tak tau pun benda ni, apasal pla sye yg dituduh mengeluarkan cerita ni?
kawan: enta...tp sye just nak tanya je..betul atau tak..tu je,

Erm..time tu, hu..hati aku dah panas tau, ye la...coz aku dituduh menyebarkn cerita yg melampau ttg die...kalo aku dah difitnah aku tak nak duduk diam je tau...ini 3yma..erm..walauapapun aku sabar je la, tak tau la dah sattel ke tak benda tu...mls la aku nak masuk campur kalo aku tak tau pun benda tu...

Wednesday, April 22, 2009

Eym@ Bengang!!!

Writer by 3ymma at 11:45 AM 0
Bengang la aku dgn Kakak Bos tu, sekejap buat mcm ini sekejap buat mcm tu..aduh!! betul² aku bengang dgn die...dah la aku tengah sibuk wat keja die pla nak sibuk², tak peduli la aku...aku kena selesaikn dulu keja pas tu baru wat keja yg die suruh hehehee...baru tau.. :P tak kesah la aku....

Friday, April 17, 2009

Buat Blog Baru...wahhhh..

Writer by 3ymma at 10:50 AM 0
Semenjak aku terbaca cerita Ceera aku rasa mcm nak teruskan pla wat blog..ye la, aku ini mmg ade blog tp blog aku tu membosankn, heheee blog sendiri pn bosan ke?..em..tp sejak terrbaca cerita ceera hu..mcm bersemangat pla nak wat blog ni...blog aku dulu ade something skit la...so rase² aku tak nak dah kat die tu (Blog lama) heheee...cian..so aku wat cadangan nak wat Blog baru, kali ni aku wat dgn serius²...da..hehee, ape² pun tunjuk ajar la aku ye... :P
DMCA Copyright Logo
 

◘Misz 3ymma Blog's◘ Copyright © 2010 Designed by Rinda Icon by Free Vector Author ♥ 3ymma♥ :)