Monday, April 27, 2009

PERCAYA @ TAK PERCAYA?

Writer by 3ymma at 2:05 PM
Semalam aku terima email dari member, pelik juga la email die bagi tu.. percaya pun tak boleh, tak percaya pun tak boleh juga..ehh..geli tau.. so aku nak kongsikn juga la ape yg aku tak percaya and percaya ni..down!



IZHEVSK, Rusia - Adakah anda masih ingat pesanan orang tua yang
memberitahu supaya jangan menelan biji tembikai kerana takut benihnya
akan tumbuh dalam perut?

Pesanan itu mungkin dianggap tidak munasabah tetapi beberapa doktor di
sini terkejut apabila mendapati sebatang pokok fir kecil berdaun hijau
setinggi lima sentimeter berada dalam paru-paru seorang pemuda, Artyom
Sidorkin yang berumur 28 tahun.

Menurut sebuah akhbar semalam, Sidorkin pergi ke Pusat Kanser Udmurtian
di sini, Rusia Tengah pada minggu lalu kerana batuk berdarah dan sakit
dada.

Akhbar Komsomolskaya Pravda melaporkan, doktor-doktor pada awalnya
mendapati terdapat tumor di dalam salah satu paru-parunya berdasarkan
ujian X-ray tetapi setelah dibedah, mereka terkejut menemui pokok kecil
itu.

"Mata saya berkedip-kedip sebanyak tiga kali kerana menganggap saya
melihat benda lain.

"Saya kemudian memanggil pembantu untuk melihatnya semula," kata Dr.
Vladimir Kamashev yang membuat pembedahan itu.

Sidorkin berkata, sebelum ini doktor memberitahunya batuk berdarah itu
bukan disebabkan dia dijangkiti sebarang penyakit.

"Ia sangat sakit seperti mencucuk dalam saluran badan. Terasa sakit yang
amat sangat. Namun saya tidak pernah terfikir ada objek dalam badan
saya,"
kata Sidorkin.

Menurut beberapa doktor, adalah mustahil pokok kecil itu ditelan
memasuki paru-paru manusia.

Mereka percaya Sidorkin mungkin menelan benih pokok itu yang kemudian
membesar di dalam tubuhnya.

Sebahagian paru-paru Sidorkin dan pokok itu diawet untuk kajian lanjut.

eh...mesti korang pun tak percaya kn...coz aku pun tak percaya juga..hahaha tp utk pemberitahuan je la..mybe can happen kn².... :P

0 people say::

DMCA Copyright Logo
 

◘Misz 3ymma Blog's◘ Copyright © 2010 Designed by Rinda Icon by Free Vector Author ♥ 3ymma♥ :)