Tuesday, August 25, 2009

Sejauh Manakah Perut Dianggap Buncit?

Writer by 3ymma at 1:29 PM
Ukur lilit pinggang yang lebih daripada 80cm atau 90cm bagi wanita dan lelaki masing², adalah dianggap sebagai Obesiti. Lebihan lemak di pinggang atau kegemukan sentral(mid-section) dikenali sebagai lemak pembunuh kerana ia merupakan lemak Viseral. Semakin banyak lemak d bahagian pinggang kita, semakin tinggi risiko kita menghadapi penyakit "KARDIOVASKULAR" yang kronik.

Usaha mengurangkan lebihan lemak di abdomen merupakan suatu project yang mengambil masa. Hasil ketaranya dapat dicapai sekiranya mempunyai tekad yang kuat serta diikuti dengan amalan gaya hidup yang sihat.

Tip-Tip Kurangkan Berat Badan




MAKAN KERAP DALAM KUANTITI YANG SEDIKIT
Daripada makan hanya sekali atau dua kali dalam sehari, adalah lebih baik jika makan dengan kerap dalam kuantiti yang sedikit. Cara makan ini dapat mengekalkan kadar metabolisme pada tahap yang stabil.

KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakkan penakungan air dalam tubuh. Mengurangkan pengambilan garam membantu badan anda menyimpan sedikit air, seterusnya menghindari dari masalah "Water Retention"!

AMBIL SARAPAN PAGI
Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Hal ini disebabkan sarapan pagi dapat menstabilkan hormon dan paras gula di dalam darah serta meningkatkan kadar metabolisme supaya membakar lebih masalah kalori.

KETIKA MEMILIH PINGGAN MAKANAN, AMBILLAH PINGGAN YANG RATA DAN BUKAN PINGGAN CEKUNG.
Isikan pinggan dengan sayur-sayuran dahulu, diikuti nasi dan lauk. Pastikan pinggan diisi dengan kuantiti sayur-sayuran yang lebih daripada daging. Elakkan dari makan sambil menonton televisyen. Ini disebabkan semakin menarik program TV, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan.

"Selamat Mencuba"


From:


2 people say::

yoymirul on August 25, 2009 at 5:16 PM said...

KENAPE PINGGAN RATA??
KENAPE???

3ymma on August 26, 2009 at 7:14 PM said...

kalo guna pinggan rata nmpk la kuantiti makanan tu...

DMCA Copyright Logo
 

◘Misz 3ymma Blog's◘ Copyright © 2010 Designed by Rinda Icon by Free Vector Author ♥ 3ymma♥ :)