Tuesday, August 04, 2009

Bergaduh

Writer by 3ymma at 6:10 PM
Semalam aku naik bas(R---D), ada orang bergaduh tau...orang tua lagi itu..perempuan, aduhai...sebenarnya dia ni tak nak orang berdiri sesak² kat depan atau pun kat tepi dia.. alah kalo tak nak sesak² nape tak naik Teksi ja kn... lepas tu ada seorang perempuan naik dan berdiri kat tepi dia, mula la mulut dia tu tegur² perempuan tu..die kata "jangan la dekat sangat dengan kerusi, kerusi ni dah bergoyang² dah..duduk pun tak senang" sambil menunjukkan muka yang marah la... tapi perempuan tu buat tak tau je la kan sebab sesak...nak buat macam mana...

semakin lama, semakin kuat la suara orang tua tu..lepas tu driver itu pun tegur la..
"kalau tak nak tempat duduk sesak² turun je la dan naik teksi" lepas tu perempuan tua tu menjawap "buat apa aku nak turun" dengan cara yang memekik la...aduh..perempuan tu pun satu...kita cakap baik² dia pula memekik...apa orang lain tak marah kan?..

so mula la kat situ orang tua tu dengan driver tu bergaduh..... lama juga, sampai driver tu suruh dah orang tua itu turun...orang tua tu masih duduk juga...tapi mulut tu masih lagi rancak bercakap memekik²... driver tu cakap la "kalo rasa tak salah tu jangan la sampai nak teriak orang, bahasa tu jangan terlebih" .... orang tua tu pun menjawap lagi "ai,lu cakap pasal bangsa ah?"..aduhai orang tua tu...sampai perkataan "bahasa" pun jadi "bangsa"..hahaha kelakar juga la...

Driver tu pun diam la...orang tua tu masih lagi terkumit² mulut. macam tak boleh di tutup...sampai la dia sampai kat destinasi, baru aman dunia....hahahaha..

itu la "biar pun kita orang sudah tua,Tapi kita kena juga hormat orang lain baru orang lain hormat kita"...kan..kan...

1 people say::

aideeb on August 17, 2009 at 11:21 AM said...

sekadar singgah..setuju

 

◘Misz 3ymma Blog's◘ Copyright © 2010 Designed by Rinda Icon by Free Vector Author ♥ 3ymma♥ :)