Friday, July 24, 2009

Pengurus Rumah, Jawapan Bagi Isu Pembantu Rumah.

Writer by 3ymma at 6:29 PM
Di beberapa negara barat, ibu bapa yang sibuk dengan kerja, mengambil khidmat pengurus rumah

"Pengurus rumah boleh membantu keluarga dengan menyelesaikan kerja-kerja rumah. Termasuk Pengurus rumah boleh juga menolong membayar bil-bil, membeli barang keperluan dan menjaga anak-anak majikan.

Mereka ini terlatih di institusi yang formal sebelum melayakkan mereka digelar pengurus rumah. Mereka ini tidak semestinya tinggal dengan majikan, tetapi boleh datang bekerja setiap hari ,

Pada tahun 2008, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memperkenal program Latihan Asas Pengurus Rumah untuk mengurangkan pergantungan terhadap pembantu rumah asing.

Langkah itu juga untuk menimbulkan budaya profesionalisme dalam kerjaya pembantu rumah dan menghindarkan persepsi tentang tanggungjawab rumah hanya tertumpu pada suri rumah dan juga pembantu rumah.

Program latihan itu merangkumi aspek penjagaan anak, pengurusan rumah, psikologi kanak-kanak serta bantuan kecemasan. Ia juga untuk mengurangkan kadar pengangguran di negara ini.

Program latihan itu merupakan idea yang baik. Tetapi mengikut laporan berita, sambutan terhadap program itu sebagai satu bidang kerjaya agak dingin daripada kalangan peserta sendiri kerana tidak ramai rakyat Malaysia yang sanggup menawarkan gaji tinggi terhadap pengurus rumah ini.

Sebab utama ramai yg tidak mahu menjadi pengurus rumah sebab gaji rendah, mungkin kalau gaji tinggi mesti banyak orang kita(Malaysia) akan menjadi pengurus rumah.

1 people say::

Nurimo on July 25, 2009 at 1:06 PM said...

Sekarang ini ramai orang Malaysia masih suka ambil orang gaji terus sebab sebilam masa berada di rumah.Nak suruh apa senang...bibit basuh pinggan,..bibit lap latai tu...

Lagi pun gaji yang dibayar pada bibit masih rendah sekitar $500 sebulan dengan makan tanggung.

Nak bayar bil apa tak jadi masalah kan ,sistem perbankkan internet dah ada.Cuma duait yang risaunya kalau tak da dalam akaun je.

 

◘Misz 3ymma Blog's◘ Copyright © 2010 Designed by Rinda Icon by Free Vector Author ♥ 3ymma♥ :)