Thursday, October 22, 2009

TIPS Untuk Tahan Lama

Writer by 3ymma at 4:18 PM 0
Ewah ewah ewah.... korang suka betul kalau bab-bab nak tahan lama nie, ya?
Kat bawah nie ada petua untuk 'tahan lama'.

KELAPA PARUT: Untuk lebih tahan lama selama 2 tahun.Belah kelapa dan ambik sebelah sahaja.Gunakan sebelah pada 31 December 2009. Dan sebelah lagipada 1 January 2010... Wah...tahan sampai 2 tahun kan ?

NASI/LAUK : Biar tahan lebih lama,Jangan gunakan jari pasal jari korang ada bakteria.Sebab tu lauk cepat basi. Ceduk la pakai sudu ke, sudip ke.

BARANGAN KEMAS TERUTAMA EMAS : Kalau untuk lebih 'tahan lama',Bayarle zakat utk barang kemas tu atau pakai saja.Barangan emas bila dah terlalu banyak, kena bayar zakat.Kalau tak, tetiba hilang atau kena curi, padan muka korang, ha haa....

PAKAIAN: Nak tahan lamaJangan rendam dalam serbuk pencuci lama sangat elak guna washing mach.Jangan jemur bawah mentari terik elak guna bleach.Jangan bawa mandi kat beach.Gantung bila disimpan.Cuci guna air jeram/hujan.Jangan bagi pinjam kat kawan!!!.Kalau nak tahan lagi lama
PINJAMLAH BAJU MEMBER...BAJU SENDIRI SIMPAN.

KERETA: Nak tahan lama.Lepas beli, simpan kat garaj. tutup elok2.. jangan bagi angin masuk.jangan bagi abuk masuk.. jangan bagi wap air masuk.bayar loan bulan2. sampai abis loan. gerenti tahan lama.

KENYANG: Kalau nak tahan lama,Sebelum makan - baca bismillallah dan doaAkhir makan - doa dan ucap alhamdullillah. ..

UMUR : Umur nak tahan lama?Banyak kan senyum, jangan fikir semua masalah.

ROKOK : Rokok nak tahan lama?Jangan hisapplah... ...!!!!, letak atas meja dan pandang saja.Tak pun hisap rokok kawan.rokok sendiri simpan.hehe

TIDUR : Nak tahan lama tak tidur malamRajin-rajinlah tidur siang.

HUBUNGAN : Bertahan lama dalam persahabatan/ hubungan,Jujur dan ikhlas je!!!!

Last word:SELAMAT BERTAHAN LAMA...!!

Friday, October 16, 2009

Happy Deepavali

Writer by 3ymma at 6:15 PM 0



Aku nak citer sikit pasal keja aku hari nie yuk...

hu...*mengeluh dulu
aku memang busy gilerlah hari ini, 3 orang punya keja aku kena buat sampai la minggu depan...

memandangkan dorang menyambut Deepavali so aku kena buat la..keciankan..
kalo aku tak ganti buat keja dorang erm...tak dapat cuti lor.. nasib bek haku ado, kalo tak do..*fikir la sendiri...kkikikiki :P haku kan budak bek..harapan bangsa dan negara..

sebenarnya aku dah nak balik dah nie tapi jalan jem teruk meruk.. tengok je jalan jem erk..pening kepala da..
tak de ke jalan yang tak jem? kire nak buat jalan sendiri tapi tunggu la 2020..aku wat jalan kat atas langit..kakaakka

Apa²pun wish u all Happy Holiday and Happy Deepavali..
okey la..haku nok bolik da..see u all next week..lalalala..

Wednesday, October 14, 2009

Malezku datang....

Writer by 3ymma at 5:57 PM 1
erm.....
hari ini aku telampau malas...
duduk office malas...
buat kerja pun malas...
bila tiada kerja malas...
bila ada kerja pun malas...
dan bila banyak kerja lagi la bertambah malas...

satu saja aku tak malas...
nak tau ape?????

balik rumah dan tido...

ok la...nak balik dulu....bubye...

Tuesday, October 13, 2009

Bergelak Ketawa di Petang Hari..

Writer by 3ymma at 4:56 PM 1

kisah satu mlm...


Di suatu kawasan pedalaman di Pahang, seorang penternak yang mempunyai ladang ternak yang luas dan berjaya telah meninggal dunia dengan meninggalkan seorang janda yang masih muda, seksi dan cantik, namanya Siti.

Siti membuat keputusan untuk meneruskan kerjaya suaminya dengan mengambil alih ladang ternakan tersebut, tetapi dia tidak mempunyai kemahiran yang cukup untuk mengendalikan ladangnya.. Jadi dia pun membuat keputusan untuk mengiklankan di dalam akhbar untuk mencari seorang pembantu yang akan mengerjakan ladang ternaknya dengan menawarkan gaji dan sebuah bilik di rumahnya sebagai tempat kediaman memandangkan ladang yang dimaksudkan hanya berada di belakang rumahnya.

Selang beberapa hari kemudian ada dua orang pemuda yang memohon pekerjaan tersebut. Seorang pondan, dan seorang kaki mabuk.Memandangkan tiada sesiapa lagi yang memohon jawatan tersebut selain dari dua orang pemuda tadi, Siti terpaksa memilih salah seorang dari mereka.

Setelah menimbangkan semasak-masaknya, Siti memilih si pondan, bernama Man untuk bekerja dengannya, dengan anggapan bahawa dia berasa lebih selamat tinggal bersama seorang pondan daripada tinggal dengan seorang pemabuk.

Minggu demi minggu berlalu. Man telah melakukan tugasnya dengan penuh tekun dan rajin. Man kerap kali menghabiskan waktunya sehingga malam untuk membuat kerja-kerja di ladang ternakan. Ladangnya menjadi semakin berjaya dan ternakan semakin banyak membiak dan sihat-sihat belaka. Gembiralah si janda muda Siti ni tadi... kerana ingin menghargai kerajinan si Man ni, Siti pun berkata kepada Man,

"Man, kau telah melakukan kerja dengan baik dan ladang ternakan pun kulihat semakin bagus, kau sepatutnya ambil cuti pergi ke pekan berjalan-jalan untuk melegakan tekanan kerja..." Gembiralah Man, dan pada suatu malam minggu, dia pun pergi ke pekan.

Sampailah ke tengah malam, Man tak pulang-pulang ke rumah. Pukul 1 tak pulang, pukul 2 tak pulang. Pukul 2.30 pagi barulah Man pulang kerumah. Sampai ke rumah, didapati Siti sedang menunggunya sambil duduk di sofa berhampiran Tv.

Siti menghampiri Man perlahan....

"Buka butang bajuku dan tanggalkannya." Kata Siti.
Man dengan tangan yang terketar-ketar dan perasaan yang terkejut,melakukan apa yang diarahkan.

"Sekarang, buka kasut ku."
Man buat, perlahan sekali.

"Buka, setokin ku.."
Dia buat juga.

"Sekarang, buka skirt ku."
Dia buat juga.

"Sekarang buka coliku."
Dengan tangan yang menggigil, dia buat apa yang disuruh.

"Sekarang....buka seluar dalamku..."
Dengan perlahan, dia melucutkannya ke bawah dan menanggalkannya.

Kemudian, Siti pun memandang Man, sambil berkata...

"Sekali lagi kau pergi pekan dengan memakai pakaian aku, aku pecat kau on the spot."

Hehehehe...engkorang fikir apa dah?????????
glitters

Info Kesihatan

Writer by 3ymma at 10:22 AM 2
Amalan mandi

KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan
untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta
berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus.

Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.

Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.

Mengeluarkan racun: Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yangdapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan
tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar
supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.

Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat
menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah. Suhu yang
dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.

Jangkitan kulit : Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal
boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam
air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian
dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam
selama 10 hingga 20 minit.

Selesema dan sakit kepala : Merendam kaki dalam air panas membantu
menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah.
Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan
pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti
lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk.Lakukannya
selama 10 hingga 20 minit.

Insomnia : Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda. Yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki
sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah,pendarahan
hidung, selsema dan sembelit.

Jadi tunggu apa lagi..selamat Mencuba!!

Thursday, October 01, 2009

Gempa Bumi Semalam 30.09.2009

Writer by 3ymma at 10:16 AM 3
Korang rasa tak Gempa Bumi semalam? huhuhhu...aku tak rasa langsung coz time tu aku dengar muzik, kawan kerja aku yang duduk sebelah meja pun tak sedar...tapi staff yang duduk depan rasa pula gegaran tu, lepas itu diorang semua ajak turun bawah,aku ingatkan ada meeting ke hape....

siap turun guna tangga lagik, nasib baik tingkat 5 saja, kalo la tingkat 10 adui..mampos..yang aku hairan dengan staff lain nie diorang tengok air yang ada dalam botol, aku ingatkan ada cacing ke ape...rupa²nya bangunan bergegar..rasa²nya masa tu 6.15PM.

bila dah sampai rumah aku cepat² la buka TV nak tengok Berita, rupa²nya memang ada Gempa bumi kat Indonesia. *aku tak rasa langsung woh...

"JAKARTA: Pusat Amaran Tsunami Pasifik mengeluarkan amaran tsunami kepada Indonesia, Singapura, Malaysia, India dan Thailand berikutan gempa bumi berukuran 7.6 mangnitud melanda barat Sumatera.

Jabatan Meteorologi Indonesia melaporkan gempa berkenaan berukuran 7.6 magnitud yang berpusat di pantai Sumatera.

Gegaran dapat dirasai di bangunan tinggi di Jakarta sehingga ke Singapura dan Malaysia."
DMCA Copyright Logo
 

◘Misz 3ymma Blog's◘ Copyright © 2010 Designed by Rinda Icon by Free Vector Author ♥ 3ymma♥ :)