Usaha mengurangkan lebihan lemak di abdomen merupakan suatu project yang mengambil masa. Hasil ketaranya dapat dicapai sekiranya mempunyai tekad yang kuat serta diikuti dengan amalan gaya hidup yang sihat.
Tip-Tip Kurangkan Berat Badan
MAKAN KERAP DALAM KUANTITI YANG SEDIKIT
Daripada makan hanya sekali atau dua kali dalam sehari, adalah lebih baik jika makan dengan kerap dalam kuantiti yang sedikit. Cara makan ini dapat mengekalkan kadar metabolisme pada tahap yang stabil.
KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakkan penakungan air dalam tubuh. Mengurangkan pengambilan garam membantu badan anda menyimpan sedikit air, seterusnya menghindari dari masalah "Water Retention"!AMBIL SARAPAN PAGI
Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Hal ini disebabkan sarapan pagi dapat menstabilkan hormon dan paras gula di dalam darah serta meningkatkan kadar metabolisme supaya membakar lebih masalah kalori.KETIKA MEMILIH PINGGAN MAKANAN, AMBILLAH PINGGAN YANG RATA DAN BUKAN PINGGAN CEKUNG.
Isikan pinggan dengan sayur-sayuran dahulu, diikuti nasi dan lauk. Pastikan pinggan diisi dengan kuantiti sayur-sayuran yang lebih daripada daging. Elakkan dari makan sambil menonton televisyen. Ini disebabkan semakin menarik program TV, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan."Selamat Mencuba"
From:
2 people say::
KENAPE PINGGAN RATA??
KENAPE???
kalo guna pinggan rata nmpk la kuantiti makanan tu...
Post a Comment