Friday, August 28, 2009

Tag from TeratakIndah

Writer by 3ymma at 5:19 PM 1
Huhu...aku dapat e-card nie dari TeratakIndah..TQ bebanyak..

Erm...sebenarnya Eymma nie bukan muslim, tapi memang pernah posa la time kat skull lagi..kawan² muslim selalu ajak posa..so nak try jugalahkan... and memang bestlah, ade satu hari tu aku dan member dah tak tahan kehausan tau, so aku dan kawan aku tu pun curik² p minum air paip heehehee....coz kena denda cikgu, budak nakal kan..hihi..sekarang nie pun posa jugak..tapi kadang² tak posa la coz gastrik coming kan..tu je la citer tentang posa aku..

kepada pemberi tag ini wajin² la bagi aku tag ye..heehehe, tak juga kosong blog aku. :P

From:


Tuesday, August 25, 2009

huhu....Info Baru

Writer by 3ymma at 5:49 PM 3

Lelaki Macho Pendek Umur???eh..eh...eh..ade² saja ye..

erm....betul ke tu? aqu pun tak pasti la tapi ada satu artikal yang aqu terbaca nie yang mengatakan sedemikian la..heehehee ini artikalnya..baca la..

"Sifat Macho lelaki mungkin memakan diri kerana satu kajian mendapati golongan lelaki ini paling jarang mendapatkan pemeriksaan kesihatan.

Menurut perangkaan Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit tahun 2005, purata jangka hayat bagi seorang wanita Amerika Syarikat(AS) ialah 80tahun manakalah lelaki pula (70tahun).

Lelaki yang memiliki tahap kelakian tertinggi didapati 26 peratus kurang berminat untuk mendapatkan pemeriksaan fizikal.

Hakikatnya, lelaki yang rendah status kerjayanya seperti Operator Mesin,Pemandu trak dan pekerja binaan lebih cenderung mendapatkan pemeriksaan kesihatan."

arrr!!! confident macho la tu...

ekekekee....so siapa² yang rasa² dia dalam golongan macho tu, jangan la lupe.. nanti diri sendiri yang susah....


From:


Sejauh Manakah Perut Dianggap Buncit?

Writer by 3ymma at 1:29 PM 2
Ukur lilit pinggang yang lebih daripada 80cm atau 90cm bagi wanita dan lelaki masing², adalah dianggap sebagai Obesiti. Lebihan lemak di pinggang atau kegemukan sentral(mid-section) dikenali sebagai lemak pembunuh kerana ia merupakan lemak Viseral. Semakin banyak lemak d bahagian pinggang kita, semakin tinggi risiko kita menghadapi penyakit "KARDIOVASKULAR" yang kronik.

Usaha mengurangkan lebihan lemak di abdomen merupakan suatu project yang mengambil masa. Hasil ketaranya dapat dicapai sekiranya mempunyai tekad yang kuat serta diikuti dengan amalan gaya hidup yang sihat.

Tip-Tip Kurangkan Berat Badan




MAKAN KERAP DALAM KUANTITI YANG SEDIKIT
Daripada makan hanya sekali atau dua kali dalam sehari, adalah lebih baik jika makan dengan kerap dalam kuantiti yang sedikit. Cara makan ini dapat mengekalkan kadar metabolisme pada tahap yang stabil.

KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakkan penakungan air dalam tubuh. Mengurangkan pengambilan garam membantu badan anda menyimpan sedikit air, seterusnya menghindari dari masalah "Water Retention"!

AMBIL SARAPAN PAGI
Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Hal ini disebabkan sarapan pagi dapat menstabilkan hormon dan paras gula di dalam darah serta meningkatkan kadar metabolisme supaya membakar lebih masalah kalori.

KETIKA MEMILIH PINGGAN MAKANAN, AMBILLAH PINGGAN YANG RATA DAN BUKAN PINGGAN CEKUNG.
Isikan pinggan dengan sayur-sayuran dahulu, diikuti nasi dan lauk. Pastikan pinggan diisi dengan kuantiti sayur-sayuran yang lebih daripada daging. Elakkan dari makan sambil menonton televisyen. Ini disebabkan semakin menarik program TV, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan.

"Selamat Mencuba"


From:


Monday, August 24, 2009

Suami Terlalu Setia

Writer by 3ymma at 2:50 PM 3

Seorang suami baru kematian isteri yang amat dikasihinya. Ketika suasana kesedihan di tanah perkuburan, sesudah imam membaca taklin, si suami terus menyiram air mawar, bukan satu cerek atau satu jar seperti kebiasaan orang, malah terus satu baldi.

Para hadirin merasakan tindak tanduk itu membayangkan betapa kasihnya suami ini kepada isterinya. Ramai yang bercucuran airmata melihat senario ini romantik ini. Tak kurang juga ramai daripada kalangan para hadirin yang berbisik di hati masing-masing betapa bernasib baik arwah mendapat suami yang bergitu setia dengan kasih sayang yang sedemikian solid.

Namum bagi kenalan rapat, tindak tanduk si suami ini mula minimbulkan tanda tanya apabila setiap pagi, tengahari dan malam si suami itu masih menyiram air di pusara arwah isterinya, bukannya secerek malah masih sebaldi serta ditaburkan baja. Kadang-kadang mereka mendapati beliau membawa kanta sambil meninjau dengan penuh teliti seolah-olah membuat kajian di atas tanah tersebut. Malah beberapa hari kemudian mereka telah melihat beliau memasang sprinkler di atas tanah perkuburan tersebut.

Apabila sudah masuk dua minggu amalan aneh ini berterusan, maka ada yang membuka mulut bertanya dan sekali gus ingin menasihati kerana bimbang takut-takut si suami ini semakin hilang akal lantaran kerinduan yang teramat sangat.

Apabila ditanya, si suami menjawab :
"Arwah isteri ku telah berpesan, jika beliau meninggal, janganlah kahwin lain sehingga rumput atas kuburnya tumbuh. Itulah sebabnya aku terpaksa siram sedemikian rupa untuk memastikan rumput agar cepat tumbuh!"


From:


Friday, August 14, 2009

Apa itu H1N1

Writer by 3ymma at 1:13 PM 0
Apa itu H1N1?

Viral novel influenza type A H1N1. Ianya berasal dari virus avian flu (selsema burung H5N1) yang telah menjangkiti babi @ khinzir dan telah bergabung dengan swine flu (yg sepatutnya hanya menjangkit ternakan babi sahaja) dan telah evaluasi (mutasi) untuk penyesuaian diri di dalam 'host' yg lebih tinggi di dlm rantaian makanan @ manusia. dan semasa di dlm badan manusia, sekali lagi ia berevolusi supaya ia menjadi 'air born' dan menjangkit dari manusia kepada manusia.

Jangka Hayat Virus

Oleh kerana ia adalah virus yg air born, ia hanya boleh bertahan di udara selama 2 hingga 8 jam sahaja. jika selepas tempoh tersebut ia tidak mendapat perumah @ host( badan manusia) ia akan mati.

Maka bilik yang dibiarkan selama 24 jam dengan "air ventilation" (pengudaraan) yang baik....akan 'bersih' dari virus tersebut.

Apa yg perlu tahu ?
Asal virus ini

Sebenarnya telah terdapat outbrake di US sebelum terjadi outbrake di Mexico tapi tidak dilaporkan kepada WHO. Kemungkinan outbrake ini telah dikesan dan US mahu ianya tercetus outbrake di Mexico.

Virologi Virus H1N1

Incubation period yang singkat pada purata 2 hari dengan julat 1 - 4 hari
Ini bermakna ia cepat menyerang badan manusia setelah ia menjangkit pesakit
Pesakit akan menunjukkan simptom selepas 1 hari dijangkit paling cepat dan selewat2nya hari ke-4
H1N1 sebenarnya adalah selsema biasa namun kepada pesakit yg berisiko, ia dapat membunuh. Jika pesakit adalah seorang yg normal, ia hanya akan memberi kesan seperti demam selsema biasa dan batuk.

Cara Serangan?

Virus ini boleh disebarkan melalui batuk, bersin dan percakapan
Virus ini akan menyerang sistem pernafasan (seperti selsema burung dan SARS)
Peringkat awal, ia hanya pada 'trakea' jika tidak mendapat rawatan awal, ia akan menyerang paru2 dan boleh menyebabkan kematian akibat 'lung collapse'
Ia amat merbahaya kepada golongan yang berisiko tinggi

Siapa Yang Berisiko?

1. Orang yang ada masaalah 'obesiti' @ gemuk
2. Perempuan yang mengandung
3. Orang yang ada asthmatic
4. Orang-orang yang bermasalah dengan sistem imunisasi (menjalani 'operation yg besar', kanak-kanak yang belum cukup suntikan imunisasi, golongan-golongan yang rendah tahap imuniti. eg.: HIV, etc)
* kematian yg telah dilaporkan terdiri drpd golongan-golongan di atas

Simptom-Simpton

Hari 1 - Rasa kurang sihat, tidak bermaya
Hari 2 - Selsema, batuk dan demam yg kekal (Demam tidak turun walaupun telah makan ubat demam)
Hari 3 - Rasa kurang selesa di bahagian dada dan sesak nafas
Hari 4 - Sakit dada yg teruk........jumpa doktor dengan segera.......
Hari 5 dan ke atas, lung collapse @ koma

Langkah-Langkah Kawalan
1 - Golongan-golongan yang berisiko, elakakan daripada kesesakan (kawasan yang padat/sesak dengan orang ramai)

2 - Menjaga kebersihan diri, basuh tangan selalu dengan betul, jaga kebersihan rumah dan persekitaran

3 - Elakkan diri jika terdapat 'orang batuk, bersin dan kurang sihat'

4 - Jika kurang sihat, elakan diri dari beraktiviti (sosial dan berkumpulan)

5 - Jika kurang sihat dan ada ILI (influenza light illness @ selsema biasa) jangan hadirkan diri di kawasan orang ramai. Jika terpaksa, pakai topeng 'mask'

6 - Untuk orang yang sihat, elakkan dari kawasan yg padat/sesak dengan orang ramai.

7 - Jika ada tanda-tanda simptom di atas, segera ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan

8 - Jika sihat, jangan ke hospital atau klinik untuk 'checkup' kerana di kawasan tersebut mengandungi banyak virus.

9 - Tidak perlu ambil anti-viral @ apa-apa ubat influenza!!!!!!. Jika sihat dan mengambilnya, akan mengakibatkan resistan kepada vaksin @ ubat-ubat untuk merawat jika terkena jangkitan. Ini adalah kerana berlakunya resistansi virus terhadap persekitaran badan yang telah mengambil ubat-ubat tersebut terlebih awal.

10 - Vaksin hanya akan 'wujud' seawal-awalnya pada oktober dan hanya untuk 'frontliner' sahaja. Dan untuk awam selewat-lewatnya pada 2010.

11 - Untuk makluman, influenza test hanya dijalankan di 2 makmal sahaja di Malaysia. mengambil masa 6 jam untuk run test kepada 1 batch sample. Jika klinik menyatakan mereka boleh jalankan ujian, itu tidak betul. Tak perlu ambil suntikan seasonal influenza kerana ia tidak berkaitan.

12 - Tahap kesedaran dan pengetahuan yang tinggi amat perlu untuk kita sama-sama menghadapi outbreak ini. Sama-samalah kita berdoa kepada Tuhan agar bala ini cepat berlalu. Amin.

NOTE:- Ini adalah sumber dari taklimat H1N1 oleh pengarah kawalan penyakit berjangkit dari Kementerian Kesihatan Malaysia di Pan Pasific KLIA pada 01.08.2009.

"Moga dapat iktibar"

Tuesday, August 04, 2009

Bergaduh

Writer by 3ymma at 6:10 PM 1
Semalam aku naik bas(R---D), ada orang bergaduh tau...orang tua lagi itu..perempuan, aduhai...sebenarnya dia ni tak nak orang berdiri sesak² kat depan atau pun kat tepi dia.. alah kalo tak nak sesak² nape tak naik Teksi ja kn... lepas tu ada seorang perempuan naik dan berdiri kat tepi dia, mula la mulut dia tu tegur² perempuan tu..die kata "jangan la dekat sangat dengan kerusi, kerusi ni dah bergoyang² dah..duduk pun tak senang" sambil menunjukkan muka yang marah la... tapi perempuan tu buat tak tau je la kan sebab sesak...nak buat macam mana...

semakin lama, semakin kuat la suara orang tua tu..lepas tu driver itu pun tegur la..
"kalau tak nak tempat duduk sesak² turun je la dan naik teksi" lepas tu perempuan tua tu menjawap "buat apa aku nak turun" dengan cara yang memekik la...aduh..perempuan tu pun satu...kita cakap baik² dia pula memekik...apa orang lain tak marah kan?..

so mula la kat situ orang tua tu dengan driver tu bergaduh..... lama juga, sampai driver tu suruh dah orang tua itu turun...orang tua tu masih duduk juga...tapi mulut tu masih lagi rancak bercakap memekik²... driver tu cakap la "kalo rasa tak salah tu jangan la sampai nak teriak orang, bahasa tu jangan terlebih" .... orang tua tu pun menjawap lagi "ai,lu cakap pasal bangsa ah?"..aduhai orang tua tu...sampai perkataan "bahasa" pun jadi "bangsa"..hahaha kelakar juga la...

Driver tu pun diam la...orang tua tu masih lagi terkumit² mulut. macam tak boleh di tutup...sampai la dia sampai kat destinasi, baru aman dunia....hahahaha..

itu la "biar pun kita orang sudah tua,Tapi kita kena juga hormat orang lain baru orang lain hormat kita"...kan..kan...
DMCA Copyright Logo
 

◘Misz 3ymma Blog's◘ Copyright © 2010 Designed by Rinda Icon by Free Vector Author ♥ 3ymma♥ :)